Apa Yang anda Cari

Tuesday 22 May 2012

angka 13


Nilai Angka 13 Pada Illuminati & Freemason 




Angka 13 bolehlah dianggap sebagai angka yang menimbulkan banyak kontroversi, sama ada perlu dijauhi atau diamalkan dalam kehidupan seharian. 


Bagi orang Cina, baik di Malaysia mahupun di China, khasnya yang bukan beragama Islam, angka 13 amat ditakuti dan perlu dijauhi kerana dikatakan membawa makna ****. Umumnya angka itu ditakuti dan dianggap **** kerana jika dicampurkan 1+3 akan menjadi 4, iaitu angka yang membawa maksud mati dan nasib malang. 


Jika mereka terbeli kenderaan, rumah, kedai, barang dan sebagainya yang ada angka 13, mereka akan berusaha menjualnya semula atau diusahakan untuk menukar nombor itu kepada nombor lain yang ‘lebih baik’. 


Lebih teruk lagi, kebanyakan bangunan tinggi,di sebelah Asia khasnya, tidak mempunyai tingkat 13 disebabkan pengaruh kepercayaan bahawa angka 13 itu membawa **** dan kononnya orang tidak akan mahu membeli / menyewa / tinggal di tingkat berkenaan. Hasilnya, tingkat yang sepatutnya disebut 13 ditiadakan, digantikan dengan tingkat 12A.Misalnya, selepas tingkat 12 ialah tingkat 12A, selepas itu tingkat 14. Tingkat 13 tiada!


Kepercayaan angka **** ini turut dikongsi oleh kebanyakan masyarakat Kristian di Eropah dan di Amerika Utara, sehingga ke hari ini. Hasilnya, banyak cerita seram dan **** yang dikaitkan dengan angka 13 ini di merata tempat di serata Eropah dan Amerika. 


Dalam sejarah Kristian, angka 13 agaknya sedikit **** kerana Yesus dijual pada jam 13.00 (pukul 1 petang) untuk mendapatkan sedikit wang sebagai ganjaran. Pengikut Nabi Isa A.S. seramai 12 orang, campur Nabi Isa menjadi 13, semuanya hidup tidak menentu dan berpecah-pecah, menjadikan ia dianggap tidak membawa kebaikan. 


Dalam sedar atau tidak, semakin banyak umat Islam yang ikut terpengaruh dengan kepercayaan sebegini, terutama yang lemah iman dan penghayatan ilmu agama. Jakim sendiri pun tidak dapat mengawal umat Islam daripada ‘menganut’ kepercayaan karut dan boleh membawa syirik ini. Sehingga kini belum ada lagi fatwa atau kenyataan rasmi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau oleh Jakim. So berhati-hatilah. 

Tetapi tahukah kita bahawa pada orang Yahudi, terutama sekali pengikut Illuminati dan Freemason, angka 13 amat penting nilainya pada mereka, sehingga mereka menjadikan angka tersebut sebagai simbol pergerakan mereka, dan sebagai bukti, angka 13 dicipta dalam pelbagai bentuk dan disampaikan dengan beraneka cara. 


Angka 13 mempunyai nilai yang sama ‘keramatnya’ dengan angka 11 dan 666 pada perhitungan mereka. Angka 666 adalah angka yang merujuk kepada diri dajjal itu sendiri.Hari ini, angka 13 menyusup ke dalam kehidupan manusia di seluruh dunia tanpa kita semua sedar. 


Mereka menyogok kepada seluruh dunia lambang logo 13 mereka, dan seluruh dunia mengetahui serta mengingatinya. Kerana cantik dan modennya lambang angka 13 itu direka, tidak ada pihak yang kata itu adalah angka ****, atau yang kata logo itu bawa ****. 


Maknanya, berjayalah mereka menyogok idea dan kepercayaan mereka kepada umat manusia, walaupun diketahui bahawa banyak bangsa lain yang menganggapnya **** dan perlu dijauhi. 


Jika kita perhatikan pada hari ini, banyak syarikat gergasi dunia yang dipengaruhi Illuminati, terutamanya Freemason, menggunakan angka 13 dengan pelbagai cara dan bentuk, sehingga orang ramai tidak perasan tentang hal itu. 


Cuba kita lihat lambang McDonalds, iaitu huruf M yang di bawahnya ada garisan melintang. Cuba tumbangkan angka itu ikut arah jam, apa jadi? Ia menjadi angka 13! 


Gergasi perisian komputer, Microsoft, sebenarnya lebih dikenali di kalangan orang Yahudi dengan nama The Double Thirteen atau Double-13, diangkakan sebagai 1313. Apa maknanya itu? Perhatikan lagi lambang Windows iaitu kotak empat segi yang mempunyai 4 warna berbeza, menyerupai sebuah jendela. Walhal ia adalah lambang sebuah piramid yang dilihat tepat dari atas atau dari bawah, iaitu lambang utama Illuminati. Jika diperhatikan lagi, logo 4 warna itu juga merupakan perlambanga
n angka 13 sebanyak 2 kali. 


Gergasi perisian komputer yang lain iaitu Apple turut menggunakan logo yang ada angka 13 itu. Cuba kita tumbangkan logo buah epal ikut arah jam, kita akan dapati bahagian atas buah epal yang berlekuk itu menggambarkan angka 3, jika dipotong tengahnya, dan bahagian tengah epal itu melambangkan angka 1. Seakan-akan tidak jelas, tetapi dapat difahami maksudnya dengan mudah. 


Banyak lagi syarikat gergasi lain yang turut menggunakan angka 13 dengan pelbagai bentuk dan cara, dijadikan logo syarikat masing2. Antaranya ia
lah Startrek.com, Arbyss,Westel dan lain2 lagi. 


Kebetulan? Tentulah tidak! 



hahha... chi ola tahu korang bukannya rajin nak baca semua ni... korg mesti skip2 kan.. =P .. kalau ikut banyak g yg chi ola baca.. tapi rasanya ni je lah yg patut korg tahu...

No comments:

Post a Comment