Apa Yang anda Cari

Sunday 4 December 2011

Rehat yg sempurna


Cara mudah urus tekanan

AMALAN gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, kerap bersenam, cukup tidur dan mendekatkan diri dengan agama antara cara terbaik untuk menangani tekanan.

Bagaimanapun, kehidupan sukar dimiliki jika tiada kesungguhan untuk melaksanakannya. Tanpa disedari, tekanan menjadi elemen penting dalam hidup semua orang, termasuk kanak-kanak.

Tekanan menjadi pewarna dan perencah kehidupan kerana tanpa tekanan hidup kita jadi hambar. Namun, tekanan yang berlebihan dan tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kemudaratan.

Tekanan menyebabkan kita cepat letih, resah, risau, tekanan darah meningkat dan ada yang melegakan perasaan dengan makanan sehingga tidak sedar mereka sebenarnya makan terlalu banyak.

Sebenarnya, ada banyak cara mudah dan sihat untuk menguruskan tekanan seperti:

Mandi air suam untuk merehatkan otot yang tegang.

Baring dan buat senaman pernafasan iaitu dengan menarik nafas dalam-dalam, tahan beberapa saat dan hembuskan nafas perlahan-lahan. Ulang beberapa kali hingga anda tenang.

Jika ada keinginan untuk makan, fikirkan dulu apakah makanan yang anda mahu dan manfaatnya kepada anda. Biasanya dalam keadaan tertekan, kita cenderung memilih makanan berkarbohidrat kerana ia merangsang otak menghasilkan serotonin yang membuatkan kita rasa tenang. Namun dalam keadaan tertekan, biasanya ramai tidak sedar mereka makan banyak.

Untuk meredakan tekanan emosi, anda boleh meluahkan masalah dengan bercakap dengan rakan dipercayai atau menuliskannya dalam buku. Senaman mudah seperti berjalan cepat juga boleh meredakan perasaan.


Ada orang meredakan tekanan dengan membeli-belah. Walaupun kaedah ini berkesan, ia bukan cara sihat kerana anda boleh terdorong untuk membeli barang tidak diperlukan atau berbelanja berlebihan. Cari alternatif lain seperti berbasikal, berjoging, menari atau berenang.

ari ni dah tk keja dah.. yeah..hahahhaha.......
cuti and tak byak bnda yg dibuat selain kemas rumah..
hahahhahaha.. tapi yg penting....
chi ola bergila... nanti kan video lagu jar of heart.. tengah save....
jap g nak upload... follow me.. =)
amatur jer... dah lama tak g karaoke..
cini pun boleh lah..
hehehhehe

No comments:

Post a Comment