Apa Yang anda Cari

Tuesday 27 December 2016

MIMPI GIGI TERCABUT

Hye all, chiola nak share tentang mimpi gigi tercabut ni. YA ALLAH thun ni 2x chiola mimpi benda ni. Mimpi gigi tercabut biasanya ditafsirkan sebagai satu petanda bahawa ada sesuatu yang merugikan harta benda atau kehilangan keluarga atau sakit. Itu tafsir mimpi mengikut islam.

TAFSIR MIMPI - GIGI PATAH (Tafsir Mimpi mengikut Islam)

Assalamualaikum..


Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan



 Pada tanggal 26/12/16 perginya tetamu allah iaitu datuk saudara suami chiola.  Beberapa malam sebelum itu chiola mimpi gigi anak chiola patah kat belah atas(depan kanan) and besoknya anak chiola demam. kebetulan arwah datang bermalam di rumah. Dia agak rapat jugaklah dengan anak chiola sbbdya minat dgn buat kecik ni. Since anak chiola lahir dya sggup dtg dri jauh semata-mata nak menjenguk iza. Siap bagi nangis lgi. Anak chiola setiap kali atuk dya tu dtg. Cepat lah dia melompat kat badan ma n pa dya. hihi.. takut kan.. tpi semenjak kebelakangan ni atok selalu datang rumah sebab takde kerja nak buat.. cuti2 malaysia lah katakan.

Masa tu tak aspect apa2 pun sebab chiola konon ingat mimpi tu menyebabkan iza kena tahan kat hospital  sebab dya demam. taknak makan and minum. Anak chiola dah tak larat sangat dah masa tu. so dya masuk kat bilik hijau je sbb kes kanak2 kan (dlam jabatan kecemasan) and kena ambik darah and dpt je kputusan darah . Doktor kata darah putih iza lagi banyak dari darah merah and kena set appoiment untuk ambil darah nanti. so dari pukul 6-12 am tu baru anak chioa boleh balik.  E

sok pagi tengok atok dah takde kat rumah. benda tu memang biasa. kadang dya balik rumah dya bukan nak bgitau siapa2 pon. tengahari tu tetiba mentua chiola call suruh tengok atok kat hospital. katanya masuk icu. kitorang pun hairan lah. dya tak sakit apa pun tetiba masuk icu. dktr kata ada hentakan kuat kat kepala. bila ditanya . katanya dia jatuh tapi dia tak ingat . dari dia sedar smapai lah dia tak sedarkan diri. doktor scan kepala and decide nak buat pembedahan. sekali sampai kat hospital besar. drg refuse nak bedah sebab percentage untuk selamat tipis. so dya dihantar balik ke hospital biasa. so masa utk kitorang melawat. masa kitorang melawat. ada beberapa benda yang tak rasa yang atok jatuh. 

tetiba kitorang rasa macm detective conan. badan dia tak calar apa pun. kepala dya benjol kat satu tempat je. and nampak macam kena pukul.so waris dia buat laporan polis. and beberapa hari dia bertarung nyawa. pukul 12 malam selepas majlis akikah iza selesai. arwah menghembuskan nafas terkakhir. bertapa sayangnya dia kat iza smpai dia tggu lepas akikah baru dia pergi. malam tu smua dah menunggu kat hospital. mcm biasa budak2 tkboleh ikut. so chola dgn anak kat rumah. ank tak mau tidur. dia main sorg 2 smpai lah hsband chiola call kata atok da tkde. bila chiola bgtau je kat iza.. dya trus pnjt atil and tidur. esoknya iza demam muntah2 and cirit birit. kesian.. harini baru beransur sembuh dah

 maaflah crita chiola panjang. chiola saja letak kat blog supaya chiola ingat saat ni. and chiola benci sangat sebab chiola yang mimpi tentang benda ni... and ank chiola pun demam gara2 ni. huhu..
alfatihah......

No comments:

Post a Comment